Terkini!!!!
Kami megucapkan terima kasih di atas minat anda terhadap Utah State University Internationl Students Program kami. Halaman ini direka untuk cuba menjawab sedikit sebanyak tentang kemusykilan anda. Anda juga akan diberi petunjuk ke halaman halaman tertentu yang boleh menawarkan jawapan kepada anda. Anda juga boleh terus ke halaman
International Student Services kami yang mana menyumbangkan banyak maklumat penting dan bermanafaat untuk anda.Cache Valley menjemput anda agar datang dan menikmati keindahan serta kedamaiannya. Anda akan terperanjat apabila mengetahui betapa istimewanya tempat ini. Yang pasti, Cache Valley menjanjikan keselesaan kepada sesiapa yang memilih untuk belajar dan menetap di sini. Sila teruskan perjalanan anda untuk mempelajari tentang kami dengan lebih lanjut lagi.
Bagaimanakah Rupa Bentuk Kawasan ini?
Dalam musim salji, terdapat banyak laluan yang sesuai untuk aktiviti luncur salji(ski)di lembah kami. Pusat meluncur salji, Beaver Mountain Resort, hanya setengah jam perjalanan dari kampus, menjadi tumpuan ramai mahasiswa mahasiswi untuk pergi bermain luncur salji apabila tidak sibuk menghadiri kuliah. Terdapat juga beberapa pusat meluncur salji yang juga cuma berberapa jam dari sini seperti Alta, Park City, dan Snow Basin(lokasi bagi Sukan Olimpik Salji 2002). Green Canyon, satu lagi pusat meluncur salji popular, terletak hanya beberapa minit dari kampus. Bermobil salji juga merupakan satu aktiviti musim salji yang menarik perhatian ramai. Cache Valley mempunyai reputasi yang tinggi berkaitan dengan ini. Tempat tempat lain yang memberi sumbangan ke atas keindahan Utah seperti
Yellowstone National Park terletak sehaluan dengan Jackson Hole, Wyoming!
Kami juga mempunyai banyak kegiatan kebudayaan membabitkan
Perubahan cuaca sejuk ke panas membuka pintu untuk aktiviti aktiviti luaran. Peminat peminat aktiviti luar boleh berhiking, bebasikal, mendaki bukit batu, berkhemah dan aktiviti aktiviti lain. Bagi aktiviti mendaki bukit batu, Logan Canyon menawarkan banyak tempat pendakian yang mencabar apalagi bila lokasi Cache National Forest sangat hampir dan menawarkan banyak kemudahan perkhemahan dan hiking. Di sebelah barat lembah ini,
terletak Gunung Wellsville(Wellsville Mountains) merupakan tumpuan bagi peminat peminat burung untuk menyaksikan penghijrahan yang berlangsung setiap tahun. Burung burung lain seperti Bangau Kanada, juga kerap berkunjung ke sini. Pemain pemain golf di dua kawasan golf yang terletak di Logan mengalami pertambahan cabaran dari bangau bangau ini di samping cabaran dari permainan golf itu sendiri. Rusa rusa kecil dan besar juga menjadi penunjung setia di kawasan kampus and kawasan tempatan terutama pada musim sejuk untuk mencari makanan.
Peluang kebudayaan sangat besar di sini. Terdapat banyak panggung wayang, sebuah panggung opera and kumpulan tarian di Logan di samping acara kebudayaan di dalam kampus. Salt Lake City menawarkan banyak kemudahan seperti yang terdapat di kebanyakan bandar kosmopolitan ditambah dengan kemesraan kebaratan membuat anda merasa seperti berada di dalam lingkungan keluarga. Adalah tidak memeranjatkan apabila Salt lake City dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi
2002 Winter Olympics! Penghibur penghibur terkenal dunia seperti James Taylor, Bruce Hornsby, Nine Inch Nails, Tap Dogs, dan ramai lagi kerap mengadakan pertunjukan mereka di Salt Palace dan Abravenel Hall. Situasi membeli belah dan makan adalah sama seperti di bandar bandar besar lain tetapi layanan di sini begitu ketara kemesraan nya. Pelbagai jenis makanan boleh didapati dari sejumlah restauran dan kafe. Adakah saya telah sentuh tentang pusat membeli belah?
Situasi pembelajaran yang dipenuhi oleh pelbagai peluang perkembangan dalam semua bidang akan membantu meningkatkan prestasi akademik maupun peribadi. Sila berkunjung ke halama
Pesta Dunia (World Festival)
Sila klik di
sini untuk mengetahui maklumat lanjut tentang Utah, Cache Valley, Logan dan aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sana. Dari bermobil salji ke berbasikal di kaki gunung ke menyaksikan tarian ballet - kami ada semuanya!!Bagaimanakah Keadaan Universiti ini?
Utah State University merupakan universiti negeri yang diasaskan dalam tahun 1888 di sebuah kawasan 400 ekar menghadap ke arah Logan di Cache Valley, di sebelah utara Utah. Terdapat lebih daripada 20,000 mahasiswa mahasiswi berdaftar dalam kampus maupun di semua Pusat Pendidikan di seluruh negeri. Sebanyak 76 peratus daripada jumlah ini berusaha untuk mendapatkan ijazah. Biasanya, lebih kurang 80 buah negara dan setiap negeri di sini diwakili di dalam persatuan mahasiswa mahasiswi. Tambahan lagi USU merupakan campus tempatan yang mempunyai lebih kurang 80 peratus mahasiswa mahasiswi menetap jauh dari kampung halaman mereka dan kebanyakannya merupakan pengalaman pertama. Sejumlah besar mahasiswa mahasiswi mahasiswa mahasiswi ini tinggal di asrama dan juga di rumah sewa tempatan. Khidmat undang undang, keselamatan dan kecemasan disediakan oleh Jabatan Polis USU(USU Police Department) dan kami mepunyai klinik perubatan di dalam kampus untuk kegunaan mahasiswa mahasiswi. Dengan 45 buah jabatan di dalam 8 buah kolej akademik, dan juga Sekolah Lanjutan Sisawazah, USU menawarkan banyak peluang terbaik untuk banyak bentuk subjek pengajian. Kolej kolej ini termasuklah Pertanian(Agriculture), Perdagangan (Business), Pendidikan(Education), Jurutera(Engineering),Sumber Keluargaan(Family Life), Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan (Humanities, Arts and Social Sciences), Sains Sumber Alam(Natural Resources) dan Sains(Science). Sila rujuk maklumat terperinci berikut untuk mengetahui tentang pengajian Ijazah Sarjanamuda dan Siswazah yang menarik minat anda. Setiap kolej dan jabatan mempunyai link untuk anda klik dan membawa anda terus ke tempat pilihan anda.
Perpustakaan Merrill dan Sci-Tech juga boleh digunakan untuk keperluan penyelidikan dan pengajiaan anda. Anda juga boleh lihat Kalender Akademik. .Kampus kami juga lengkap dengan segala kemudahan yang diperlukan. Terdapat sebuah kawasan padang (central quad) di hadapan bangunan pentadbiran(Old Main) yang menjadi tempat kegemaran bagi mahasiswa mahasiswi duduk dan baring di atas rumput samada untuk berehat mahupun mengulangkaji ataupun menikmati sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh piak universiti. Dari padang ini juga anda akan dapat melihat pemandangan yang sangat menarik Gunung Wasatch (Wasatch Mountains) dan Logan Canyon yang terletak hanya beberapa langkah dari kampus. Taggart Student Center (TSC) dan The Hub, dua tempat sosial bagi mahasiswa mahasiswi terletak beberapa saat perjalanan dari padang tadi. Di sini, anda boleh menjamu selera dengan makanan segera di The Hub pada satu hari dan bertukar selera untuk merasa makanan istimewa di Skyroom(restauran khas) pada hari berikutnya. Di samping itu terdapat sebuah lagi restauran yang anda boleh kunjungi iaitu Carousel Square. Di dalam bangunan TSC ini juga terdapat sebuah
Kedai Buku (The Book Store) , bilik permainan, Bull Pen di samping pejabat pejabat pentadbiran termasuklah beberapa persatuan khas untuk mahasiswa mahasiswi iaitu Council of Student Clubs and Organizations (CSCO). Biasanya tayangan wayang gambar dan majlis tari menari juga diadakan di TSC berserta dengan acara kebudayaan dan social yang dianjurkan oleh pihak universiti dan juga masyarakat tempatan.Terdapat beberapa persatuan mahasiswa antarabangasa yang bergiat aktif di universiti seperti
Persatuan Mahasiswa Mahasiswi dari Malaysia (Malaysian Student Association) , Persatuan Korea (Korean Student Association), Persatuan Japan (Japanese Club), Persatuan India (India Student Association),Persatuan China (Chinese Student & Scholars Association), dan juga Persatuan Thailand (Thai Student Association). Banyak lagi kumpulan antarabangsa di sini yang akan menyumbangkan hompej untuk kunjungan anda!!!Maklumat untuk Sarjanamuda
Sila lihat katalog baru bagi Sarjanamuda dan Siswazah USU
USU (Undergraduate/Graduate Catalog) dan lihat apa yang menarik bagi anda. Terlalu banyak yang boleh dipilih menunggu anda! Bahasa, sains, program komputer, pertanian, biologi, perdagangan . . . Terlalu banyak.Anda sendiri yang membuat keputusan!!
Informasi untuk para Siswazah
School of
Graduate Studies Studies menyediakan pelbagai program pengkhususan termasuklah Microbiology, penjelajahan angkasa lepas melalui Space Dynamics Laboratory (SDL). Program SDL ini memberi peluang kepada para graduan untuk melibatkan diri dengan misi pelancaran roket ke angkasa. Untuk kemudahan anda, kami menyediakan borang permohonan untuk pelajar antarabangsa (Graduan) melalui internet. Anda harus mengisi borang tersebut dan kembalikan kepada School of Graduate Studies.Kelayakan untuk memohon:
1. Kepilkan yuran permohonan bersama - sama
borang permohonan kemasukan kepada Utah State University. Yuran bagi Siswazah sebanyak USD35 dan yuran bagi Graduan sebanyak USD40.2. Satu salinan transcript rasmi dan sijil - sijil sekolah, kolej dan university (jika ada). Setiap salinan dokumen tersebut haruslah mempunyai cop kebenaran (certified true copies) dan dialih bahasa kepada Bahasa Inggeris.
3. Bukti kewangan (financial affidavit) untuk menampung pembiayaan
tuisyen dan kos sara hidup.4. Kebolehan berbahasa Inggeris adalah kemestian untuk memasuki Utah State University. Para siswazah haruslah mendapat sekurang - kurangnya 500 untuk TOEFL (173 untuk versi on-line), atau mendapat sekurang - kurangnya 80 di dalam Michigan Test. Jika anda tidak mempunyai peperiksaan yang tersebut di atas, anda haruslah lulus peringkat ke-4 kursus bahasa Inggeris di Utah State University. Untuk para Graduan, anda haruslah melepasi 550 untuk TOEFL, atau lulus peringkat ke-4 kursus Bahasa Inggeris dari
Intensive English Language Institute.Pelajar antarabangsa adalah diwajibkan untuk mengambil sekurang - kurangnya 12 jam kredit per semester (untuk para siswazah sahaja) untuk memasuki Utah State University dan haruslah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan setiap semester. Para pelajar yang tidak dapat mencapai tahap yang ditetapkan akan digantung atau disingkir dari sessi persekolahan. Ini adalah polisi university.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai polisi Utah State University, sila hubungi Admission Office di talian 001-435-197-1079 atau anda boleh mengunjungi web page
Pendaftaran.Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Utah State Unversity dan pelajar antarabangsa, sila hubungi Roger L. Perkins, International Recruiting di alamat berikut:
baddog@cc.usu.edu.Atau:
Roger L. Perkins
Utah State University
International Recruiting
Logan, Utah USA 84322-5240 (4 nombor terakhir adalah penting!)
Pertimbangan anda untuk memasuki Utah State University amat kami hargai. Kami pasti anda akan mendapat pengalaman yang amat berharga dan menggembirakan di
Utah State University.